Tampilkan postingan dengan label 000. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label 000. Tampilkan semua postingan
Senin, 10 Februari 2014
Piala FA Kafa beri imbuhan RM500 000
sinar harian
var dateEG = "May 20, 2012" var tarikhBM = tukarTarikh(dateEG); document.write(tarikhBM); 20 Mei 2012
Kelantan menjulang Piala FA 2012 selepas menewaskan Sime Darby 1-0 - Foto Sinar Harian
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata daripada jumlah berkenaan sebanyak RM300,000 akan diberi secara tunai manakala bakinya dalam bentuk percutian.
"Kita akan beri bonus tersebut dalam masa terdekat ini kepada pemain," katanya kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini hari ini.
Ketibaan beliau disambut kira-kira 2,000 penyokong The Red Warriors yang memakai baju merah sebagai tanda sokongan selepas Kelantan bergelar juara pada saingan Piala FA menewaskan Sime Darby FC 1-0 melalui sepakan penalti di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang meluangkan masa kira-kira setengah jam bersama pasukan The Red Warriors. - Bernama
Jumat, 20 Desember 2013
Budak 12 Tahun Diarah Bayar RM765 000
Riyadh – Mahkamah mengarahkan seorang budak didenda sebanyak SR900,000 (RM765,511) kerana membakar rakannya ketika mereka menikmati barbeku tiga tahun lalu.
Fayez Mohammed Awwad yang berusia 12 tahun mendakwa kejadian itu berlaku secara tidak disengajakan.
Fayez berkata, dia tersilap mencurah petrol ke badan rakannya yang lebih muda dalam kejadian berhampiran rumahnya di bandar Turaif.
Fayez mendakwa sedang memanggang kentang dan mahu menjadikan api lebih marak.
Dia kemudian mengambil petrol dari rumahnya dan mula mencurah bahan berkenaan ke api, tetapi sebahagian daripadanya terpercik ke badan mangsa. – AN
Langganan:
Postingan (Atom)