Tampilkan postingan dengan label dipenjara. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dipenjara. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Januari 2014

Hina Islam Kanak Kanak Dipenjara Seumur Hidup

Penjara

Ada pun contoh orang yang menghina Islam dihukum seberat-beratnya di negara lain. Di Islamabad, Pakistan Mahkamah negara itu dilaporkan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang kanak-kanak lelaki Kristian atas tuduhan menghantar mesej menghina Islam.
Kami memetik laporan di laman web Utusan Online yang menyebut, Pendakwa Raya Mahkamah Toba Tek Sing di wilayah Punjab Sheikh Javed yang memetik keputusan hakim pada Sabtu lepas berkata, tertuduh Sajad Masih turut didenda sebanyak 200,000 rupee atau RM6,000
Masih ditahan polis pada 2011 selepas didapati menghantar mesej menghina Nabi Muhammad S.A.W kepada beberapa orang ulama.
Peguam yang mewakili kanak-kanak itu berkata, mereka akan merayu untuk perbicaraan semula kes berkenaan.
Begitulah hukumannya di Pakistan, sudahlah masih kanak-kanak lagi sudah dihukum penjara seumur hidup. Kita berharap pasangan Alvin dan Vivian akan diberikan hukuman sebagai pengajaran kepada mereka dan peringatan kepada orang ramai.
Kita ini hidup bersama dalam negara yang berbilang kaum dan kita mencapai kemerdekaan dengan semangat bersama dengan kaum Melayu, Cina dan India bersama-sama dalam satu matlamat mentadbir negara Malaysia yang berdaulat.
Kan lebih elok berfikir tentang kemajuan bersama, dari sibuk nak mendahului bangsa lain dan perancangan untuk maju pun dilupakan. – Mynewshub
OLEH : IBNU K
ReadFull Article ..

Senin, 23 Desember 2013

Wanita Ini Dipenjara Kerana Pertahankan Dirinya Dari Dirogol

Kes seorang isteri yang cuba dirogol oleh seorang lelaki yang tak dikenalinya berakhir dengan kisah menyayat hati apabila wanita yang menjadi mangsa rogol itu telah dihukum penjara kerana tindakannya melawan perogol tersebut telah menyebabkan kematian perogol berkenaan.

Dan kerana perbuatan mempertahankan dirinya itu, Mahkamah Tinggi Ipoh telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas S. Kalaichelvi, 24 tahun, seorang suri rumah selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki yang cuba memperkosanya pada tahun lepas.Hakim Datuk Zainal Adzam Abid. Ghani memerintahkan S. Kalaichelvi menjalani hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian M. Kumaran, 29, di dalam rumahnya di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung di antara pukul 3 hingga 3.30 pagi pada 7 Januari 2010. 

Mengikut fakta kes, perogol itu menceroboh rumahnya ketika suami wanita itu tiada di rumah. Wanita itu walaupun cuba dikasari oleh lelaki jahanam itu tapi dia dapat melarikan dirinya ke dapur dan sempat mencurahkan serbuk cili ke mata perogol itu.

Dalam keadaan matanya yang pedih, perogol itu masih cuba untuk mendapatkan Kalaichelvi, tapi wanita tersebut dengan pantas mencapai sebatang besi dan memukul kepala lelaki yang cuba merogolnya. Pukulan itu menyebabkan si-perogol itu mati di dalam rumahnya. Hakim Zainal Adzam dalam penghakiman bertulisnya berkata, Kalaichelvi sepatutnya dihukum lebih berat kerana melakukan pembunuhan kejam terhadap perogol tersebut.

Hakim kata Kalaichelvi telah melakukan “pembunuhan kejam”, tapi pada pandangan korang perbuatan merogol orang itu tak kejamkah? Jika korang menjadi wanita itu, adakah korang akan menyerah diri kepada perogol itu tanpa melawan atau bertindak berani untuk mempertahankan diri seperti yang dilakukan oleh Kalaichelvi?Jika Kalaichelvi hanya membiarkan dirinya diperkosa dan lepas itu pergi ke balai polis membuat laporan, dia pasti tak akan dihukum penjara dua tahun.

Perogol itu mungkin akan dipenjara dan lepas keluar penjara dia akan mencari Kalaichelvi untuk merogolnya sekali lagi atau mungkin akan pergi mencari wanita lain, termasuk kakitangan Mahkamah untuk merogol mereka pula. Atau jika tak bernasib baik mungkin selepas merogolnya, perogol itu akan membunuh Kalaichelvi untuk menghapuskan bukti!!!

Sumber : mytabloid


ReadFull Article ..