Tampilkan postingan dengan label isu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label isu. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Januari 2014

Isu dakwat kekal SPRM siasat SPR


Malaysiakini Jul 1 2013 
Pengarah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mustafar Ali berkata siasatan kini sedang dijalankan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pembelian dakwat yang didapati dapat ditanggalkan dengan mudah ketika digunakan dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Laporan Sinar Harian menyebut, Mustafar mengesahkan bahawa satu pasukan siasatan dibentuk sejak minggu lalu, susulan rungutan orang ramai berhubung ketahanan dakwat yang digunakan untuk menanda jari pemilih yang telah membuang undi itu.

“Saya hanya boleh mengesahkan bahawa SPRM menyiasat isu ini sama ada terdapatnya penyelewengan dalam pembelian dan spesifikasi (dakwat),” katanya seperti dipetik Sinar Harian
ReadFull Article ..

Selasa, 24 Desember 2013

Cuba Jadi Hero Isu Alvin Dan Vivian – Sazzy Falak ‘Dibelasah’ Peminat

sazy 1 (water mark)

Cubaan Sazzy Falak untuk menjadi hero dan macam nampak bijak serta moden dalam isu pasangan porno Alvin dan Vivian di Facebook mengundang padah apabila dia d
‘disekolahkan’ para pengguna FB yang lain.
Sazzy telah berkongsi sebuah rencana yang ditulis seorang blogger di wall miliknya.
Ramai yang menegur sikap Sazzy yang gagal memahami konteks perilaku berkenaan yang terjadi di negara yang mempunyai pelbagai kaum dan masyarakat.
Contoh yang diberikan penulis blog yang sama tidak berapa bijak itu tidak boleh dijadikan sandaran di Malaysia.
Mungkin Sazzy mahu semua orang tidak memberikan reaksi yang keterlaluan terhadap bahan jenaka, namun dia gagal faham bahawa jenaka yang bodoh  jika dibiarkan akan menjadi-jadi di hari yang mendatang.
sazy 2 (water mark ii)
Kita kena mencegah…atau merawat kanser di peringkat awal…bukannya di peringkat akhir.
Hari ini kalau kita biarkan Alvin dan Vivian, esok lusa yang lagi teruk pada itu akan muncul… yang Islam akan balas, yang bukan Islam pun membalas… apa akan jadi akhirnya?
Sensitiviti agama dan budaya sangat tinggi dalam masyarakat Malaysia… ada faham ke Sazzy? Atau tinggi sangat kenyataan mudah itu?
Jadi kepada Sazzy, fahamilah isu dalam konteks yang menyeluruh sebelum cuba nak tunjuk bijak.
ReadFull Article ..