Tampilkan postingan dengan label rahsia. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label rahsia. Tampilkan semua postingan
Rabu, 25 Desember 2013
KETAHUI RAHSIA POKOK RAJA KAYU

| Pokoknya yang berdiri tegak, ranting yang menjulur keatas..sememangnya jolokkan Raja Kayu kena dengannya..Pokok disekelilingnya juga agak condong menunduk padanya. |
Walaupun sukar didapati dan mungkin dijual pada harga mahal, bagi orang yang obses, wang bukanlah penghalang.
“Banyak orang membeli raja kayu putih ini. Ia dijadikan loket, mata cincin atau disimpan di dalam dompet. Mereka mendakwa ia berkesan sebagai penawar, pendinding dan penunduk.
![]() |
| Ciri - ciri raja kayu ialah sejenis kayu yang sangat keras dan tumpat. |
“Selain penggemar barangan mistik dan ahli perniagaan, artis dan ahli politik juga ada yang datang berkehendakkan kayu ini, terutama menjelang pilihan raya,”.
![]() |
| Gunung Ledang |
| Keadaan sekelilingnya juga tiada pokok-pokok yang besar, tetapi selang beberapa rantai, barulah terdapat pokok-pokok yang besar... |
Raja segala penawar
![]() |
| Raja Kayu ini merupakan sejenis kayu yang mampu menembusi cahaya. |
Jika yang mengambil kayu itu orang biasa, ada yang tidak berjumpa jalan pulang, bertemu dengan haiwan yang digeruni dan tidak kurang pula diganggu makhluk alam ghaib.
“Sungguhpun raja kayu putih dikatakan kayu paling hebat khasiatnya, tetapi ia tetap ada kelemahan iaitu api.
“Menurut cerita orang yang ahli dalam bidang ini, kayu ini mampu memberi aura panas kepada pemakainya.
“Sebab itu, ramai pendekar zaman dulu menjadikan kayu ini hulu senjata kerana percaya ia dapat menaikkan semangat bertempur dan menggerunkan pihak lawan apatah lagi jika dicampurkan dengan teras kayu kemuning hitam,” jelasnya.
| Daun ini tidak mempunyai tulang tengah seperti daun-daun biasa. |
Kayu yang amat bermutu itu telah terbukti boleh mengubati luka-luka luaran, sakit kulit, gout, sengal dan melancarkan perjalanan darah.
Damar minyak
Malah debu kayu itu, jika digosok pada kulit, ia juga mampu meresap ke dalam tubuh. Kepingan kayu yang telah dipotong-potong turut dapat membantu mengeringkan darah pada luka terbuka.
Sementara itu, damar putih yang terhasil daripada kulit kayu itu berupaya mengubati bisa-bisa kecil seperti gigitan lipan.
Air rebusan teras raja kayu putih jika diberi minum kepada orang yang degil, insya-Allah hatinya akan lembut.
“Jika seseorang itu ketagihan alkohol, perokok atau penghidap batuk berdarah, mereka juga boleh dirawat dengan meminum air rebusan kayu itu,”
Mahu menjelaskan kepada umum mengenai empunya status ‘Raja Kayu’, terdapat dua jenis raja kayu iaitu raja kayu merah dan raja kayu putih. Kayu yang dikatakan lebih berkhasiat ialah raja kayu putih manakala raja kayu merah sering menjadi kekeliruan umum.
“Raja kayu merah dan pokok damar minyak mempunyai banyak persamaan dari segi warna dan damar yang dihasilkan.
“Namun, bagi kayu damar minyak, ia akan mengeluarkan minyak atau damar berwarna kehitaman dan keras disertai bau kemenyan.
![]() |
| KULIT kayu yang dibakar akan mengeluarkan aroma lembut dan mengasyikkan. |
Minggu, 22 Desember 2013
KETAHUI RAHSIA DI SEBALIK TUBUH MANUSIA

Allah s.w.t Yang Maha Besar lagi Maha Bijaksana telah mencipta manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Dan di sebalik ciptaan ini, tersimpan banyak rahsia dan hikmah yang tidak diketahui manusia. Rahsia-rahsia yang akan dipaparkan di bawah ini pun hanyalah sebahagian kecil saja darinya. Yang Maha Mengetahui segala rahsia hanyalah Allah Taala.
Sebenarnya, banyak anggota tubuh kita terukir simbol dan tulisan arab, dan lebih tepat lagi, ada nama Allah dan simbol-simbol yang berkaitan dengan Islam padanya.
Mengapa tangan kita ada lima jari? Mengapa batang leher kita dijadikan tegak oleh Allah? Mengapakah dalam solat mengandungi perbuatan berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud? Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah pada diri manusia yang jarang disedari.
Nama Allah pada 5 jari tangan

yang melambangkan huruf-huruf : Alif, Lam, Lam dan Ha yang membentuk kalimah Allah dalam perkataan dan tulisan Arab, seperti dalam gambar di bawah.
Bilangan nama-nama Allah pada tapak tangan
Jika kita balikkan pula tangan, dan melihat ke telapaknya, maka di situ kita akan lihat urat-urat yang akan membentuk tulisan nombor dalam
Bahasa Arab. Nombornya ialah 81 di telapak tangan kiri dan 18 di telapak tangan kanan. Jika dicampur kedua nombor tersebut, jumlahnya ialah 99.
Dan adalah nombor 99 itu adalah simbolik kepada 99 nama Allah, yang dipanggil sebagai Asma-ul Husna (Nama-nama yang baik).

Jari tangan manusia yang normal ada 5. Begitulah simboliknya kepada solat wajib yang Muslim mesti tunaikan dalam sehari iaitu solat 5 waktu yang terdiri dari Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.
Saluran udara pada paru-paru membentuk kalimah Tauhid
Ahli sains telah menemui bahawa saluran-saluran udara di dalam paru-paru manusia membentuk kalimah La ilaha illallah (Tiada Tuhan melainkan Allah) dalam tulisan Arab. Lihat gambar di bawah, bentuk saluran udara itu betul-betul jelas mengeja kalimah Tauhid itu.
![]() |
| Foto oleh: Dr Syed Ashrafuddin, Jeddah, Saudi Arabia |
Perbuatan-perbuatan dalam solat adalah simbol bagi nama Nabi
Berdiri lurus dalam solat melambangkan huruf Alif (ا), ruku melambangkan huruf Ha (ح), sujud melambangkan huruf Mim (م), dan duduk (د) melambangkan huruf Dal. Ia akhirnya membentuk perkataan Ahmad dalam tulisan Arab, nama Nabi Terakhir yang membawa Perjanjian Terakhir.




Ketahuilah bahawa Ahmad ialah salah satu nama lain bagi Nabi Muhammad s.a.w. Dan mengikut sejarah, ibunya Aminah mahu namakan anaknya itu
dengan nama Ahmad, tetapi kemudian datuknya Abdul Mutalib memberikannya nama Muhammad.
Walaubagaimana pun, Ahmad dan Muhammad di dalam bahasa Arab maksudnya sama saja, iaitu Yang Terpuji.
"Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata: "Hai bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab
sebelumku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad
(Muhammad)" ...... " (Surah As-Shaaf : Ayat 6)
Otak manusia dalam keadaan seperti orang sujud dalam solat
Otak berada di bahagian paling atas manusia, tetapi apabila kita sujud, ia berada di tempat paling rendah, menandakan pengabdian kita pada Yang
Menciptakan kita. Maka mengapa masih ada manusia yang sombong dan angkuh tidak mahu SUJUD kepada Tuhan yang mencipta kita?
![]() |
| Otak manusia pun dalam keadaan seperti orang sujud |

(Surah Fusshilat : Ayat 53)
Nama Allah ketika angkat jari telunjuk pada duduk tasyahhud dalam solat
Pada duduk tahiyyat akhir dalam solat, adalah sunat kita mengangkat jari telunjuk ketika membaca kalimah syahadah. Jari telunjuk diangkat menandakan Tuhan yang Esa. Dan perhatikan dalam gambar di bawah, pada urat-urat jari itu akan membentuk kalimah Allah dalam Bahasa Arab, subhanAllah.


lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh) mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu." (Surah Al Infithaar : Ayat 6-8)
Ada keseimbangan (balance) pada perkataan Allah dan Muhammad dalam Bahasa Arab. Begitu juga dengan kalimah Tauhid. Sila lihat di bawah;
الله
= 4 huruf, iaitu Alif lam lam ha
محمد
= 4 huruf , mim haa mim dal
لا إله إلا الله
= 12 huruf
محمد رسول الله
= 12 huruf
sumber / http://unikversiti.blogspot.com/
Langganan:
Postingan (Atom)





